Lead

Aug 11 06 3:16 AM

Tags : :

Apple pie

Bahan-Bahan

pie Crust:

Mentega 1 1/4 cawan
Tepung 4 cawan
Gula Ising 1 cawan
baking powder 4 sudu kecil
Telur 2 biji
Kuning Telur 1 biji
sour cream @ low fat yogurt 6 sudu besar


pie Filling:

Buah apple (hiris nipis)
Gula 3/4 cawan
Gula Ising 1/2 cawan
Serbuk cinnamon 1 sudu kecil
Esen Vanilla 1 sudu kecil



Cara Membuatnya

Panaskan oven pada suhu 375 darjah. Campurkan kesemua bahan pie Filling dalam 1 mangkuk dan biarkan seketika (Bahan A). Sementara tu dalam 1 mangkuk lain (untuk Bahan , campurkan tepung, gula ising dan baking powder. Masukkan mentega dan gaul rata. Tambah telur, telur kuning dan sour cream @ boleh gak guna apa2 jenama low fat yogurt (perisa asli). Sebatikan dan uli doh tersebut untuk beberapa minit. Ratakan doh tu kepada 2 bentuk segiempat bersaiz kira2 8"x12". Letak 1 doh bentuk segiempat (untuk dasar pie) tu dalam mangkuk pembakar bersaiz 8x12 inci yang dah disapu sikit mentega dan dibakar selama 15 minit dan keluarkan dari oven. Tuang Bahan A tadi dalam ke atas doh yang baru dibakar tadi dan cover pada bahagian atas dia dengan doh bentuk segiempat yang kedua tadi dan bakar semula dalam oven selama 45 minit. Bila dah masak, sejukkan dulu baru boleh keluarkan dari mangkuk pembakar. Tabur sikit pada atas pie dengan gula ising. Amik pisau dan boleh la potong pie tu dan ngap~ Enjoy!

oLa

Quote    Reply   

#1 [url]

Aug 11 06 3:28 AM

Puding Karamel

Bahan-Bahan

5 biji telur
1 tin susu cair F&N
1 tin air
3 camca gula pasir
2 camca tepung kastad
1/5 camca teh baking powder
1/2 camca vanila
7 camca gula pasir(untuk dibakar)



Cara Membuatnya

(1)bakar 7 camca gula dalam acuan loyang dengan menggunakan api kecik (yang kat tengah2 tuku dapur gas tu..) (2)pastikan gula berada ditengah2 acuan loyang dan biarkan ia mencair perlahan. agak2 kuning keemasan gaul rata n sejukkan (3)sementara sediakan bahan2 lain panaskan kukusan atas dapur. (4)Then..masukkan bahan2 lain yang tinggal dalam blender. blend la sampai sekata.. p/s: tapi make sure la blender yang korang pakai tu betul2 bersih and tak diguna pakai untuk memasak.. (5)dah blend bahan (4)...agak2 tak cukup wangi tambahlah lagi vanila n blend lagi. (6)then masukkan bahan (5) dalam loyang yang dah disejukkan tadi. (7) kukus selama 30 minit...then sejukkan sebelum dihidang. nak hidang tu telangkuplah dulu baru nampak cantik skitt...slamat mencuba!

oLa

Quote    Reply   

#2 [url]

Aug 11 06 3:33 AM

salad Buah-buahan

Bahan-Bahan

Epal hijau 5 biji
Epal merah 5 biji
Tembikai 1/2 biji
Anggur grape 1/2 kilo
Anggur hijau 1/2 kilo
limau mandarin 5 biji (buka seulas-ulas)
buah kismis sekotak (ikut suka)
1/2 botol salad dresing (ada dijual di pasaraya)
1/2 botol Air yogurt perisa oren.(nestle) (ikut suka)
Esen vanilla 1 sudu



Cara Membuatnya

Gaulkan Kesemua jenis buahan tersebut dengan salad dresing dan tuangkan air yogurt sekali dan hiaskan dengan kismis. Masukkan ke dalam peti sejuk untuk Kesegaran buahan tersebut. Selamat bercuba

oLa

Quote    Reply   

#3 [url]

Aug 11 06 3:35 AM

Puding Koktail

Bahan-Bahan

Utk Puding:
1 tin tepung kastard
4 sukatan (tin) air
Sedikit gula pasir


Untuk kuah:
Sedikit gula pasir
Esen vanilla
1 tin susu cair Isian Sejat
(kalau nak banyak boleh gunakan 2 tin)
1 tin Laici
1 tin Buah-buah Koktail
Sebutir telur-ambil kuning sahaja
Marigold Refresh (Orange) 1 kotak



Cara Membuatnya

Untuk puding: Masak atas dapur dan dikacau selalu agar tidak bergentel. Bila sudah pekat (meletup-letup) cepat-cepatlah tutup api. Tuang dalam bekas (sama seperti membuat puding kastard) Untuk kuah: Campur semua bahan-bahan tersebut. Masak atas dapur. Kacau selalu. Bila mendidih, tutup api. (Kalau lama-lama nanti naik minyak) Bila dah sejuk tuang Marigold Refresh untuk menyedapkannya lagi (rasa masam-masam) Puding kastard dan kuahnya di simpan dalam peti sejuk semalaman.

oLa

Quote    Reply   

#4 [url]

Aug 13 06 10:28 PM

labu lemak manis

Bahan-Bahan
- 1 biji labu peringgi(isinya kuning)
- santan secukupnya
- air kapur
- 2-3 keping besar manisan/gula melaka (mengikut berapa banyak labu yang digunakan)
- sebuku garam

Cara Membuatnya

- potong labu sebesar separuh tapak tangan(tak perlu kupas kulit) - rendam dengan air kapur semalaman - labu yang telah direndam itu dibilas & disusun rapat-rapat didalam periuk - masukkan santan sehingga sama rata dengan labu tadi(sekadar tenggelam saja) - masukkan manisan/gula melaka & garam - masak dengan api yang sederhana sehingga hampir kering & jangan dikacau, biarkan saja, - apabila masak sejukkan, *(boleh dihidang panas @ sejuk)

Quote    Reply   

#5 [url]

Aug 13 06 10:30 PM

[B]PUDING BUAH-BUAHAN

Bahan-Bahan
1. 1 BUNGKUS PUDING
2. 1/4 JAGUNG DLM TIN
3. 12 CAWAN AIR
4. SUSU F&N SECUKUP RASA
5. 1/4 NENAS DLM TIN
6. 1/4 BUAH MATA KUCING DLM TIN


Cara Membuatnya

- PUDING DI MASAK BERSAMA DGN AIR 12 CWN (ingat KACAU SELALU!!!) - APABILA PUDING MASAK MASUKKAN KEDLM LOYANG DAN DI SIMPAN DLM PETI SEJUK - UTK MSK KUAHNYA: MASUK 6 CWM AIR DAN SEDIKIT TPNG PUDING TADI, MSK SUSU, DAN BUAH-BUAHAN TADI BERSAMA DAN KCAU HINGGA MENDIDIH (KLU PEKAT TAMBAHKAN SEDIKIT AIR) - KUAH TADI MSKKAN KE DLM PETI BIAR SJUK - DAN BOLEH DI HIDANG

Quote    Reply   

#6 [url]

Aug 13 06 10:32 PM

Puding Karamel

Bahan-Bahan
5 biji telur
1 tin susu cair F&N
1 tin air
3 camca gula pasir
2 camca tepung kastad
1/5 camca teh baking powder
1/2 camca vanila

7 camca gula pasir(untuk dibakar)

Cara Membuatnya

(1)bakar 7 camca gula dalam acuan loyang dengan menggunakan api kecik (yang kat tengah2 tuku dapur gas tu..) (2)pastikan gula berada ditengah2 acuan loyang dan biarkan ia mencair perlahan. agak2 kuning keemasan gaul rata n sejukkan (3)sementara sediakan bahan2 lain panaskan kukusan atas dapur. (4)Then..masukkan bahan2 lain yang tinggal dalam blender. blend la sampai sekata.. p/s: tapi make sure la blender yang korang pakai tu betul2 bersih and tak diguna pakai untuk memasak.. (5)dah blend bahan (4)...agak2 tak cukup wangi tambahlah lagi vanila n blend lagi. (6)then masukkan bahan (5) dalam loyang yang dah disejukkan tadi. (7) kukus selama 30 minit...then sejukkan sebelum dihidang. nak hidang tu telangkuplah dulu baru nampak cantik skitt...slamat mencuba!

Quote    Reply   

#7 [url]

Aug 13 06 10:34 PM

[B]Pulut Berinti Kacang Merah

Bahan-Bahan
Beras Pulut - 250gm (rendam 1jam & masak)
Kacang Merah - 100gm (masak + 3sdb gula)
Gula Merah - 5sdb

KUAH:
Durian - 10 ulas / kisar halus (ikut suka)
Santan - 1 cwn
Air - ikut kepekatan yg disukai
Garam - 1sdk

Cara Membuatnya

Kepal bulat (sebesar bola golf) pulut yg sudah masak. Masak kacang merah bersama gula hg lembut dan kemudian dikisar halus. Ambil pulut yg telah dikepal, kemudian masukkan inti kacang ke dlmnya. Sadurkan bersama sedikit santan dan kukus selama 5 min. UTK KUAH: Ambil isi durian, air, garam , gula dan masak hg mendidih. Bila agak pekat masukkan santan. Masak dgn api yg kecil sehg pekat. itu aje... CARA DIHIDANG: ambil sebiji pulut, kemudian tuangkan kuah durian ke atasnya.

Quote    Reply   

#8 [url]

Aug 13 06 10:37 PM

Dadih Mudah

Bahan-Bahan
Air 20 cawan
Agar-agar 1 pek (15Gram)
Susu tepung (5 cawan)
Tepung kastard / tepung jagung (½ cawan)
Perisa Mengikut selera
Gula Secukup rasa


Cara Membuatnya

1.Didihkan air dan kemudian bahagikan kepada 3 bahagian. 2.1/3 bahagian didihkan susu tepung dan tepung kastard. 3.1/3 bahagian larutkan gula. 4.1/3 bahagian lagi larutkan agar-agar. 5.Satukan ketiga-tiga bahagian dan biarkan sehingga mendidih. 6.Setelah mendidih letakkan ke dalam cawan dan sejukkan. Cadangan Hidangan: Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan. perisa jagung,keladi dan straberi (sedap

Quote    Reply   

#9 [url]

Aug 13 06 10:38 PM

KAREMEL MANIS

Bahan-Bahan
Gula kasar 1 cawan
Air 1/2 cawan
1 sudu esen vanilla
3-4 biji telur
1 tin susu cair



Cara Membuatnya


Gula dipanaskan sehingga cair dan menjadi kekuningan atau keperangan. Pada ketika itu masukkan air dan kacau sehingga sebati.
Telur-telur dipukul bersama-sama susu cair sehingga naik dan bergebu.
Setelah adunan naik dan bergebu, masukkan pula esen vanilla dan pukul lagi sampai pukul sampai sebati
Masukkan gula hangus tadi ke dalam satu bekas dan kemudian tuangkan, susu & vanilla ke dalam bekas yg berisi gula tersebut..Kukus selama 20 minit..
Sejukkan ke dalam peti ais. Dan dihidangkan ketika sejuk . Sedap rasanya. Selamat Mencuba...

Quote    Reply   
Add Reply

Quick Reply

bbcode help