Lead

Aug 11 06 3:31 AM

Tags : :

Milo Ice Cream With Strawberry

Bahan-Bahan

1.Milo
2.Air
3.Gula
4.Hirisan Strawberi
5.3 Ketul 'ice cube'



Cara Membuatnya

Ambil gelas ais krim.Bubuh 3 sudu Milo.Tuangkan sedikit air suam(seperti membuat air milo).Kacaukan sehingga sebati.Kemudian,bubuh 3 sudu teh gula. Bekukan air milo tadi ke dalam peti sejuk(bahagian membekukan sesuatu).1 jam kemudian,keluarkan air milo tadi dan hasilnya ia menjadi beku.Taburkan hirisan strawberi ke atas ais krim milo.Bubuh 3 ketul 'ice cube'. SIAP UNTUK DIMAKAN.SESUAI DIJADIKAN HIDANGAN PENCUCI MULUT SELEPAS BERBUKA PUASA.

oLa

Quote    Reply   

#1 [url]

Aug 13 06 10:41 PM

jus mangga ais blanded yammy!

Bahan-Bahan
sebiji mangga madu
gula pasir
susu lemak cair
ais batu
susu pekat manis


Cara Membuatnya

sebiji mangga madu diambil isinya.masukkan isi mangga tadi ke dalam blander, campurkan sedikit gula pasir,(dalam kuantiti yang sedikit), campurkan susu lemak cair (sesedap rasa),sedikit susu pekat manis(mengikut kehendak)dan masukkan juga ais batu kedalamnya. Bland ais sehingga hancur(ais menjadi halus)boleh ditambah dengan buah buahan lain mengikaut cita rasa anda. sedap diminum semasa cuaca panas...bagi yang muslim ,jangan lupa membaca bismillah ya selamat mencuba!

Quote    Reply   

#2 [url]

Aug 13 06 10:45 PM

cappucino shake (5 orang)

Bahan-Bahan
1 cawan milo
1 cawan cappucino
3 sudu nescafe
1/2 cawan susu pekat manis
3 sudu susu tepung
4 gelas air masak
sedikit ais batu

Cara Membuatnya

masukkan air,milo,cappucino,nescafe dan susu tepung ke dalam pengisar makanan(blander)yang bersih dan tiada bau.kisar kan bahan2 tersebut dalam 3 minit.selepas itu masukkan susu pekat manis.kisarkan dalam 5-7 minit.selepas itu masukkan ais batu dan kisarkan.jika anda risau pengisar makanan anda rosak anda boleh tuangkan air tersebut dalam botol dan goncangkan bersama-sama ais batu.

Quote    Reply   

#3 [url]

Aug 13 06 10:47 PM

punch buah - buahan perdana.

Bahan-Bahan
300g [2potong] tembikai
250g [2potong] betik
160g [3 potong]nenas
250g[2 potong]tembikai susu
2 sudu makan jus limau nipis
320g [2 biji] oren
20g [2 sudu makan]gula
600ml [3 cawan] air masak

Cara Membuatnya

tembikai,betik,tembikai susu dan nenas di potong dadu. buah oren diperah dan diambil airnya. masukkan bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk kaca yang besar [punch bowl]. masukkan jus limau nipis. tambah gula yang telah di larutkan dalam 1/2 cawan air dan 600ml [3 cawan] air masak sejuk serta kacau.kumudian hidangkan dengan ketulan ais dan hirisan buah oren.

Quote    Reply   
Add Reply

Quick Reply

bbcode help