Lead

Aug 11 06 3:59 AM

Tags : :

Siakap masak Berlada

Bahan-Bahan

1 ekor ikan siakap
2 biji bawang merah (besar) (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
Cili merah dikisar
1 biji tomato (dicincang)
2 helai daun limau purut
Sedikit air asam jawa
gula ikut suka
garam
perasa




Cara Membuatnya

Caranya: 1.Goreng ikan hingga garing jgn dikerat, ketepikan. 2.Tumis bawang putih yg dicincang dan sedikit bawang merah yg dicincang hingga garing. 3.Bila garing masukkan cili merah yg dikisar, baki bawang merah yg dicincang serta tomato yg dicincang. 4.Bila dah masak masukkan air asam jawa (jgn terlalu banyak sbb tomato dah masam), daun limau purut, gula, garam dan serbuk perasa. 5.Ikan letak diatas pinggan dan tuangkan kuahnya diatas ikan, sedap dimakan dgn nasi panas.

oLa

Quote    Reply   

#1 [url]

Aug 13 06 10:54 PM

ikan bawal masam manis

Bahan-Bahan

seekor ikan bawal
bawang merah
bawang putih
bawang besar
halia
cili kering
sos tomato
sos cili
udang kering
garam
gula

Cara Membuatnya

gorengkan ikan. ketepikan. kemudian kisar bawang merah, bawang putih, halia, udang kering dan cili kering. panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi. kemudian tunggu hingga bahan tersebut garing dan masukkan sos tomato dan sos cili. masak hingga pecah minyak. kemudian boleh disajikan dengan menuang kuah tersebut di atas ikan. letakkan hiasan lain mengikut kesukaann

Quote    Reply   

#2 [url]

Aug 13 06 10:57 PM

ikan bilis belacan

Bahan-Bahan

ikan bilis kecil 100mg
tomato 2 biji besar
belacan 3 sudu besar
cili padi satu sudu besar
limau kapas
garam
gula




Cara Membuatnya

Mula-mula ambil ikan bilis yang telah dicuci bersih, setelah itu potong tomato kepada empat atau lima kepingan dan diletakkan dalam mangkuk bersama-sama dengan ikan bilis tadi. Selepas itu, ambil cili padi tadi dan ditumbuk sehingga hancur dan perah air limau kedalam cili padi yang telah ditumbuk dan akhir sekali campurkan cili padi tadi ke dalam mangkuk ikan bilis dan gaulkan dengan rata bersama garam dan gula secukup rasa. Jika anda mahu rasa masam atau pedas,dan sedikit belacan tambahkan cili padi dan perahan air limau. Anda boleh hidang begitu saja.

Quote    Reply   

#3 [url]

Aug 13 06 10:59 PM

chili berinti ikan bakar

Bahan-Bahan

10 biji chili besar - hijau atau merah
4 ekor ikan- dibakar
2 batang serai
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
sedikit lada hitam
1 cawan kelapa parut- ditumbuk
sedikit garam
sedikit gula
1 cawan santan
2 helai daun pandan
1 biji telur



Cara Membuatnya

cara membuatnya belah chili- asingkan tumbuk ikan- asingkan tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih, serai. gaulkan ikan, kelapa parut yang ditumbuk dan bahan- bahan yang ditumbuk bersama garam dan gula secukup rasa. gaulkan sehingga sebati. sumbut bahan yang ditumbuk kedalam chili sehingga padat, ulang sehingga chili habis. sapukan telur diatas setiap chili yang telah disumbat inti. carikkan daun pandan,jadikan alas untuk merebus chili. susu chili dalam periuk dan masukkan santan. taburkan sedikit bahan perasa. rebus sehingga masak.

Quote    Reply   
Add Reply

Quick Reply

bbcode help